"All writings are in both English and Bahasa Melayu, firstly written in English and then, followed in Bahasa Melayu. (Coretan adalah menggunakan kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, ditulis dalam Bahasa Inggeris dan diikuti dalam Bahasa Melayu.)"

Gangnam

I just got to know what is "Gangnam" style.

Well, it is a kind of funny dance to me. But it has quickly became the trendy dance through out the musical world nowadays.

Korea and Malaysia used to be at par 40 or 50 years ago. In fact, in certain area we are better than Koreans. Our football team - the year of Soh Chin Aun, Santok Singh and Mokhtar Dahari - could easily beat them in any regional game. But, now Korean is a World Cup competitor, and even the country has hosted the game. Harimau Malaysia is only slightly better than Laos - even then, one is not so sure whether we can surely beat them.

In many aspects, Korean has certainly advanced far ahead, and she is now one of the developed countries. She now produces major world industrial and consumer products. Samsung now both signifies Korean quality and tehcnological advancement. Not only that, Korean drama and movies have also become global, or least, regional products. Many Malaysian are for sure have become addicted to their drama and movies as well as songs and musics.  These are, indeed, the real characteristics of an advanced country - it is when others admire your unique ethics and cultures. For it is the ethics and culture that define whether a society is an advanced or not. 

The culture of corruption, rent seeking and opportunists, as well as individualistics and holiganism will never drive a society to progress - but to remain stagnant, if not regress. High income - yes, it may be an important criteria - but it is a by-product of a society with high integrity, innovation and, above all, honesty and mutual respect.

If these are the necessary characteristics of a developed nation, we are definitely far from them. Then we may be, sadly to say, rightly where we are now - and that is to regress backward. Come on everyone - Jom Ubah !

+++

Oh, baru aku tahu apa itu gaya "Gangnam".

Ianya adalah sejenis tarian terhenjut henjut yang agak lucu untuk ditonton. Bagaimaina pun, tarian ini dengan pantas telah menjadi trend pada masa kini.

Korea dan Malaysia sebenarnya berada di tahap kemajuan yang agak sama  pada 40 atau 50 tahun yang lalu. Malah, di beberapa segi kita mungkin lebih baik daripada Korea. Pasukan bola sepak kita - pada zaman Soh Chin Aun, Santok Singh dan Mokhtar Dahari - dengan mudah sahaja akan dapat mengalahkan mereka di mana-mana perlawanan di rantau ini. Tetapi, kini Korea adalah pesaing Piala Dunia, dan negara ini juga telah pun menganjurkan permainan peringkat dunia ini. Harimau Malaysia hanyalah sedikit lebih baik daripada Laos - itu pun kita tidak lah begitu pasti sama ada kita akan dapat mengalahkan pasukan kerdil ini.

Dalam banyak aspek, Korea sememangnya telah maju jauh ke hadapan, dan kini merupakan salah satu daripada  negara maju. Korea sekarang ini merupakan pengeluar utama barang perindustrian and pengguna di dunia.  Samsung kini melambangkan barang berkualiti dan kemajuan teknologi Korea. Bukan itu sahaja, drama dan filem Korea juga telah menjadi barang global, atau sekurang-kurangnya, barang serantau. Ramai di Malaysia telah menjadi ketagih kepada drama dan filem serta lagu-lagu dan muziknya. Sesungguhnya, ini adalah ciri-ciri sebenar negara maju - ianya adalah apabila orang luar mengkagumi hasil barang  dan keunikan budaya anda. Kerana adat resam serta budaya lah yang mentakrifkan sama ada sesuatu masyarakat itu maju atau tidak.

Budaya rasuah, suka mengambil kesempatan dan mengaut untung atas angin, serta sikap mementingkan diri dan samseng jalanan tidak akan memajukan masyarakat - tetapi sikap sikap ini akan menyebabkan masyarakat itu kekal bertakung dan mundur kebelakang. Sememangnya pendapatan yang tinggi adalah satu kriteria penting - tetapi ianya hanya akan terhasil dari nilai masyarakat yang berinovasi, integriti yang tinggi dan, yang penting sekali, tinggi dalam nilai keikhlasan dan kejujuran.

Jika ini lah ciri ciri penting untuk maju, kita sebenarnya jauh dari mempunyai ciri ciri penting ini. Sememangnya kita amat layak untuk berada di tahap kemajuan yang kita alami sekarang ini - dan di masa hadapan mungkin kita akan terus lagi mundur kebelakang. Oleh itu, wahai semua - Jom Ubah !