"All writings are in both English and Bahasa Melayu, firstly written in English and then, followed in Bahasa Melayu. (Coretan adalah menggunakan kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, ditulis dalam Bahasa Inggeris dan diikuti dalam Bahasa Melayu.)"

The well being of the society

The well being of a society is pretty much a consequence of the interactions among individual in that society. A society that is based on maximising the satisfation of each oneself will result in a certain way of accumulation and distribution of wealth, as oppose to a society that placed more on the importance of hapiness of otherselves than merely satisfying the desire of oneself only.

The kind of behaviour and behavioural interaction among individuals in the society would pretty much governed by a certain set of ethics and culture of that society, and this will largely determine the nature and well being of that society. Whatever the ethical and cultural values of the society, it is critically important for all individuals in the society to behave with an honesty, if the well being of the society to be maximised. Bad intentions will likely lead to misbehaviour with a negative consequential impact to the well being of the society. One could easily see that a society with poor standard of living is generally characterised by the large presence of dishonest individuals in that society. Likewise, the society with high standard of living is pretty much due the large presence of honest individuals in that society.

Very often, among the three groups in a society - households (that is you and me), businesses and government - the last group is usually the culprit. It is always almost certainly that both households and businesses will alter their own behaviour to also misbehave if there is a persistent misbehaviour of the government. It is of no great consequence, therefore, a misbehaviour of the government would lead to a coresponding misbehaviour of other individuals in the society, and poor standard of living of that society.

Once one take a pause and have a long thought about it, one would eventually realise that good ethics and right culture of a society is the prime determinant of the well being of that society. And, critically for that society have an honest people that govern that society. Further, isn't that it is an utmost important for the society to elect a good ethical individuals to be in the government? (To rehash)

+++

Kesejahteraan sesuatu masyarakat adalah hasil langsung daripada perhubungan dan interaksi di antara individu dalam sesuatu masyarakat tersebut. Sebuah masyarakat yang hanya bertujuan untuk memaksimumkan kepuasan diri akan menghasilkan satu cara tertentu dalam pengumpulan dan pengagihan kekayaan, berbanding dengan masyarakat yang lebih mengutamakan kepentingan dan kemakmuran masyarakat dan bukan semata-mata bagi memuaskan keinginan diri sendiri sahaja.

Tingkah laku individu dan interaksi tingkah laku di antara individu-individu dalam masyarakat pastinya bersumberkan nilai etika dan budaya sesuatu masyarakat tersebut, dan ini lah yang sebenarnya akan menentukan kesejahteraan masyarakat tersebut. Apa pun nilai-nilai etika dan budaya sesuatu masyarakat tersebut, adalah amat penting untuk semua individu dalam masyarakat itu untuk jujur dalam tingkah laku dan kelakuan mereka sekiranya tahap kesejahteraan masyarakat ingin dimaksimumkan. Niat yang tidak jujur pasti akan membawa kepada tingkah laku yang salah dan pasti memberi kesan negatif kepada kesejahteraan masyarakat umum. Sesorang dengan mudah dapat melihat bahawa masyarakat yang taraf hidup nya sangat miskin umumnya bercirikan dengan kehadiran jumlah individu yang besar yang bersifat tidak jujur ​​dalam masyarakat itu. Begitu juga, masyarakat yang bertaraf hidup tinggi adalah bercirikan kehadiran jumalah yang besar individu yang jujur ​​dalam masyarakat itu.

Pada kebiasaannya, di antara tiga kumpulan dalam masyarakat - orang perseorangan (iaitu diri anda dan saya), badan perniagaan dan kerajaan - kumpulan terakhir adalah pada kebiasaannya berpelakuan tidak jujur. Adalah hampir pasti bahawa orang perseorangan dan badan perniagaan akan juga berkelakuan tidak jujur jika terdapat ketidak jujuran yang berterusan dalam tingkah laku kerajaan. Dengan kata lain, salah laku kerajaan pada kebiasaannya akan membawa kepada salah tingkah laku individu lain dalam masyarakat, dan ini akan mengakibatkan terhasilnya taraf hidup masyarakat yang miskin.

Apabila seseorang menarik nafas panjang dan sejenak memikirkan tentang perkara ini, seseorang akhirnya akan sedar bahawa etika dan budaya yang baik sesuatu masyarakat adalah penentu utama kesejahteraan masyarakat tersebut. Dan, adalah amat kritikal untuk masyarakat mempunyai orang-orang jujur ​​yang mentadbir dan mengurus masyarakat tersebut. Dengan itu, satu persoalan - adakah tidak teramat penting untuk masyarakat untuk melantik hanya individu-individu yang beretika yang baik untuk menerajui kerajaan?