"All writings are in both English and Bahasa Melayu, firstly written in English and then, followed in Bahasa Melayu. (Coretan adalah menggunakan kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, ditulis dalam Bahasa Inggeris dan diikuti dalam Bahasa Melayu.)"

Inflasi itu anti sorok

"Inflasi itu anti-sorok", that was what my mum said to me - and I don't quite understand it.

Presumably, that was what she had experienced in the 1970s when there was a widespread of hoarding of goods. Till today whenever she complains about the rising cost of living, she would utter that same phrase, and being a good boy I just go along listening to her and chit chating with her on what were those years look like.

Economists generally would explain inflation from a few angles. The standard one is the mismaches between available of goods and the demand of that goods. Others, in a slightly different phrasing, might explain that it is due to too much money chasing too few goods. Both are right explanations. But to the many laymen on the street, it is simply a failure of the government to control prices of goods.

From one perspective, inflation is simply due to excessive demand by a group of people in the society beyond their necessity. Goods for everyone might actually more than adequate for everyone to consume and meet their normal needs. But, if a group in the society starts to demand more than necessary and would like to have more those goods than others, then what is left for others would be lesser than adequate. The act of the former would, by itself, lead to rising prices, and what is left is also would not be adequate for others to satisfy their normal need, and hence would also result in rising prices as what remains available is less than what is required.

Imagine a small society with 10 families of the same family size members. And supposed each family only needs one chicken each for daily need, and each chicken is costing 10 ringgit. Now, if one of these families demands two chickens and beyond their normal need of one chicken, then there would only eight chickens left for the remaining nine families. This act of one family to demand one extra chicken would in itself create excess demand - now the total demand is 11 chicken while the supply of chicken available remains at 10. The seller or the chickens realising the excess demand would naturally capitalising the opportunity to sell chicken at higher prices, and hence inflation takes place.

The natural reason for this one family to be able to demand one extra chicken is certainly due to his higher income compare to the other families in that society. One can immediately, therefore, see that whenever there is a significant presence of a group of people in the society living beyond their normal necessity life and demands goods beyond what is necesary, then prices of goods will start to rise unnecessarily. The richer group will get more than is normally needed but at a higher price, the poorer group will get less that what is needed and also at a higher price. In other words, one can deduce that the inequality of distribution of income in the society play a role in causing inflation.

And to the view by the laymen on the street - they seem to be correct, but the government is not to control prices of goods, but to control the inequality of distribution of income in the society. (To be rehashed)

+++

"Inflasi itu anti-sorok", kata ibuku - dan aku tidak lah begitu faham.

Kemungkinannya, ini lah yang telah dialami oleh ibuku pada tahun 1970an apabila tersebar aktiviti menyorok barangan keperluan secara berluluasa. Sehingga hari ini apabila ibuku berseloroh tentang kos sara hidup, ibuku tetap akan mengulangi kata kata itu, dan aku sebagai seorang anak yang bersikap baik pada ibu hanya akan tersenyum mendengar coretan beliau, dan selalu berbual dengan ibuku tentang pengalamannya pada masa tersebut.

Ahli ekonomi secara amnya akan menerangkan inflasi dari beberapa sudut. Dari satu sudut, ianya adalah disebabkan terdapat perbezaan di antara jumlah bekalan barang dan jumlah permintaan barang. Ahli lain pula, dalam susunan kata yang sedikit berbeza, mungkin menjelaskan bahawa ianya adalah disebabkan oleh terlalu banyak wang membeli barang yang terlalu sedikit. Kedua-duanya adalah penjelasan yang betul. Tetapi untuk orang kebanyakan, ia adalah kerana kegagalan kerajaan untuk mengawal harga barang.

Dari satu perspektif, inflasi adalah disebabkan oleh permintaan yang berlebihan oleh satu kumpulan dalam masyarakat yang melebihi keperluan asas mereka. Jumlah barang yang ada untuk semua orang mungkin sebenarnya lebih daripada mencukupi untuk semua orang memenuhi keperluan asas mereka. Tetapi, jika terdapat satu kumpulan dalam masyarakat mula meminta jumlah barang yang lebih daripada apa yang diperlukan dan ingin untuk mempunyai lebih banyak barang daripada orang lain, maka baki yang ditinggalkan untuk orang lain akan menjadi kurang daripada mencukupi. Tindakan ini, dengan sendirinya, membawa kepada kenaikan harga, dan apa yang ditinggalkan juga tidak akan mencukupi untuk orang lain untuk memenuhi keperluan biasa mereka. Dan dengan itu juga akan mengakibatkan kenaikan harga barang, kerana jumlah baki yang masih ada adalah kurang daripada apa yang diperlukan.

Bayangkan sebuah masyarakat kecil dengan 10 keluarga yang sama saiz jumlah ahli keluarga. Dan setiap keluarga hanya memerlukan seekor ayam untuk keperluan harian, dan seekor ayam berharga 10 ringgit. Jika salah satu daripada keluarga ini meminta dua ayam dan melebihi keperluan biasa mereka sebanyak satu ayam, maka akan terdapat hanya baki sebanyak lapan ayam sembilan keluarga lagi. Tindakan satu keluarga ini meminta seekor ayam tambahan akan mewujudkan permintaan yang berlebihan - kini jumlah permintaan adalah 11 ayam manakala bekalan ayam yang ada pada masih sebanyak 10 ekor. Penjual ayam yang menyedari bahawa terdapat permintaan yang berlebihan akan memanfaatkan peluang untuk menjual ayam pada harga yang lebih tinggi, dan dengan itu berlakulah inflasi.

Kebolehan untuk satu keluarga ini dapat meminta satu ayam tambahan pastinya disebabkan oleh pendapatan yang lebih tinggi berbanding dengan keluarga lain dalam masyarakat itu. Dengan itu, seseorang boleh melihat bahawa apabila terdapat satu kumpulan yang besar dalam sesuatu menggunakan barang melampaui keperluan kehidupan normal mereka, dan meminta jumlah barang melampaui apa yang diperlukan, maka harga barang akan mula meningkat. Kumpulan yang lebih kaya akan mendapat lebih banyak barang daripada yang biasanya diperlukan tetapi pada harga yang lebih tinggi. Kumpulan yang miskin pula akan mendapat jumlah barang kurang daripada jumlah yang diperlukan tetapi juga pada harga yang lebih tinggi. Dalam erti kata lain, seseorang boleh simpulkan bahawa ketidaksamaan dalam pengagihan pendapatan dalam masyarakat memainkan peranan dalam menyebabkan berlakunya inflasi.

Pandangan orang kebanyakkan tampak seperti tepat - tetapi kerajaan tidak perlu mengawal harga barang, akan tetapi mestilah mengawal ketidaksamaan agihan pendapatan di dalam masyarakat.