"All writings are in both English and Bahasa Melayu, firstly written in English and then, followed in Bahasa Melayu. (Coretan adalah menggunakan kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, ditulis dalam Bahasa Inggeris dan diikuti dalam Bahasa Melayu.)"

Abang Mydin

Not everyone pays taxes, that is according to the government - well, it is a blatant lie !

Here in Malaysia, tax payers are those with monthly income of about 3000 ringgit and above. According to official statistics, almost 80 percent of households are with income well below 3000 ringgit. The official statistics will show you that the bulk of taxes are paid by the corporates.

However, the fact that corporates pay tax out of its profit - it has to come from excess revenue over costs on products sold to consumers. It would be naive to think that corporates do not take into account their tax burdens in their costing of production. In other words, corporate taxes that have to be paid will surely be part of their costing and will surely be passed to consumers.

Big corporates are generally monopolistics, and their ability to pass any tax burden to consumers is a sure thing, as consumes do not have much alternative to buy alternative product. Indeed, the are likely to pass almost all taxes to consumers. For small companies, their ability might be restricted, as any increase in prices of their product might turn away consumers to their competitors. Nonetheless, small corporates tend to collude with each others in any market to fix the prices, such that together they will still raise prices to pass the burden of taxes to consumers.

So, in the end, everyone - however low your income is - pays taxes, isn't it? So every cent that one spend at Mydin, a portion of it goes to the government - in other words, it is not Mr Mydin that pays taxes to the government, but it is you.


+++

Tidak semua orang membayar cukai, kata kerajaan - tapi, ianya adalah satu pembohongan secara terang-terangan !

Di Malaysia, pembayar cukai adalah mereka yang berpendapatan bulanan kira-kira 3000 ringgit ke atas. Mengikut statistik rasmi juga, hampir 80 peratus daripada isi rumah adalah berpendapatan di bawah 3000 ringgit. Statistik rasmi akan menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada cukai yang dipungut adalah daripada syarikat korporat.

Walau bagaimanapun, perlu disedari bahawa cukai yang dibayar oleh syarikat korporat adalah hasil daripada keuntungan - dan keuntungan ini pastilah datang daripada lebihan ke atas kos pengeluaran barang yang dijual kepada pengguna. Tersangat naif lah untuk seseorang untuk menyangka bahawa syarikat korporat tidak mengambil kira beban cukai yang perlu dibayar oleh mereka didalam  pengiraan kos pengeluaran. Dalam erti kata lain, cukai korporat yang perlu dibayar pasti akan menjadi sebahagian daripada kos pengeluaran dan pasti akan dilepaskan kepada pengguna.

Korporat besar secara umumnya adalah monopolistik, dan keupayaan mereka untuk melepaskan beban cukai kepada pengguna adalah satu yang senang dilakukan, kerana pengguna tidaklah mempunyai produk alternatif. Sudah pasti, hampir semua beban cukai akan dilepaskan kepada pengguna. Bagi syarikat-syarikat kecil, keupayaan mereka mungkin agak terhad, kerana sebarang peningkatan dalam harga produk mereka mungkin akan menyebabkan pengguna untuk membeli produk dari pesaing mereka. Walau bagaimanapun, korporat kecil akan tetap cenderung untuk berpakat dengan satu sama lain, dimana pada kebiasaannya mereka akan secara bersama menaikkan harga untuk melepaskan beban cukai kepada pengguna.

Jadi, pada akhirnya, semua orang - walau serendah mana pun pendapatan mereka - adalah pembayar cukai, tidakkah sebegitu? Jadi setiap sen yang dibelanjakan di Mydin, sebahagian daripadanya adalah cukai yang akan dibayar oleh Mydin kepada kerajaan - dengan kata lain, bukanlah Encik Mydin yang membayar cukai, tetapi anda lah yang sebenarnya membayar cukai kepada kerajaan.