"All writings are in both English and Bahasa Melayu, firstly written in English and then, followed in Bahasa Melayu. (Coretan adalah menggunakan kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, ditulis dalam Bahasa Inggeris dan diikuti dalam Bahasa Melayu.)"

Antara Dua Janji

In a framework of blue ocean strategy, a business strives to create a new market or, more appropriately, a strategy to create new product and to sell this new product to new set of customers, as well as to attract its traditional non-customers.

The key in the so called blue ocean strategy is therefore to create and capture new market and not the traditional market. A good example would be between selling paper-based news and internet-based news. The traditional newspaper is basically yesterday's news and one language news. Contrast this with Malaysiakini for example, which comes in four languages, almost real time news and updates as well as providing rooms for interactive comments for its customers.

Obviously both are offering their products in two different markets and two different set of customers. But, one can easily see that the paper-based news is fast loosing its market, while the internet-based news is fast capturing its market - or in a slightly different perspective, the market for paper-based news is fast getting smaller, while the market for internet-based paper is fast getting bigger. Changes in aspiration and facilitated by technological advancement would continue to shape the markets.


This is pretty much applicable to Malaysian politics nowadays. Never in its history, the fight for supporters is so fierce. Both the ruling and the opposition are now fiercely engaging in a battle of selling their differentiated products - the former continues to rely on its traditional idea of "status quo", while the later is offering a new idea of "hope and change".

Over the years, the opposition has never stopped to continue to innovate and create new product. But, this time, rather than offering this new product to the traditional customers, it is now actively offering it to new set of customers - the enlarging segment of young and educated population, who value ethics and religious value highly, who see races are of secondary and less importance, who value the need to help the less advantages are more importance regardless of races and religions.

The ruling party, on the other hand, has been continued to rely on more or less the same set of promises - the promise of protecting the traditional rights, the promise of continued positive discrimination for the less advantage races, and the promise of economic and social transformation, and the promise to further enhance the size of economic cake and fairer sharing of it. The trouble is that the size of its traditional customers appears to be shrinking, and at the same time some of its traditional customers have also slowly fast becoming non-customers.


At this point of time, it is not entirely clear who is having a bigger market. But, very obviously, the strategy employed by the opposition is, indeed, a blue ocean strategy, and it is relying on growing size of its new customers and founding market, rather than old traditional customers and shrinking market.

As the pooling date gets closer, the choices at offering is between "Janji ditepati" and "Demi Rakyat" - and there remains a large and sizeable silent voters who are yet to decide between these two promises, which between the two are more desirable and reliable and less detrimental.

"Don't compete with rivals - make them irrelevant" - well, it remains to be seen.

(To be rehashed)

+++

Dalam rangka strategi lautan biru atau "blue ocean strategy", badan perniagaan berusaha untuk mewujudkan satu pasaran baru atau, dengan lebih tepat lagi, satu strategi untuk mencipta satu produk baru dan untuk menjual produk baru ini kepada pelanggan baru, serta juga untuk menarik pelanggan bukan tradisional mereka.

Kunci utama dalam strategi lautan biru ini ialah untuk mencipta dan menguasai satu pasaran baru, dan bukannya pasaran tradisional yang sedia ada. Sebagai satu contoh, bandingkan diantara berita yang berasaskan percetakan suratkhabar dan berita berasaskan internet. Akhbar tradisional pada asasnya adalah berita semalam dan kebanyakkannya hanya dicetakkan dalam satu bahasa sahaja. Berbanding dengan Malaysiakini sebagai contohnya, yang disiarkan dalam empat bahasa pada masa yang sama, dengan berita yang terkini dan sentiasa dikemaskinikan, serta juga menyediakan ruang untuk para pelanggannya untuk membuat komen dan berinteraktif sesama mereka.

Kalau diperhatikan, kedua-duanya menawarkan produk mereka dalam dua pasaran yang berasingan serta berbeza pelanggan. Tetapi, seseorang dengan mudah boleh melihat bahawa berita berasaskan percetakkan semakin kehilangan pelanggan dengan pasaran yang semakin mengecil, sementara berita berasaskan internet semakin cepat menguasai pasaran baru - atau, dalam perspektif yang sedikit berbeza, pasaran untuk berita berasaskan percetakkan semakin menjadi kecil, manakala pasaran untuk berita berasaskan internet semakin cepat membesar. Perubahan dalam aspirasi masyarakat serta pelanggan baru yang dibantu oleh kemajuan teknologi akan terus membentuk pasaran baru.



Perkara ini juga sedang berlaku di dalam bidang politik Malaysia pada masa kini. Tidak pernah di dalam sejarah tanah air, berlakunya persaingan yang begitu sengit untuk menarik penyokong dan pengundi. Kedua dua parti pemerintah dan pembangkang kini semakin garang dalam pertempuran mereka untuk menjual produk mereka - parti pemerintah dengan produk lama yang terus bergantung kepada idea tradisional atau "status quo", sementara parti pembangkang dengan produk baru yang cuba menawarkan idea baru atau "harapan dan perubahan".

Selama bertahun-tahun, parti pembangkang tidak pernah berhenti untuk terus berinovasi dan mencipta produk baru. Akan tetapi, pada kali ini, parti pembangkang bukannya menawarkan produk baru ini kepada pelanggan tradisional, akan tetapi giat menawarkannya kepada para pelanggan baru - iaitu satu golongan pelanggan baru yang semakin membesar jumlahnya, yang merupakan satu golongan masyarakat yang masih muda dan berpendidikan, yang sangat mementingkan nilai etika dan nilai agama, yang lebih mengutamakan kesamarataan antara kaum, dan mengutamakan kepentingan golongan miskin dan kurang bernasib baik tanpa mengira kaum dan agama.

Sementara itu pula, parti pemerintah terus bergantung kepada janji janji yang sama - iaitu untuk melindungi hak-hak tradisional kaum kaum tertentu, meneruskan diskriminasi positif untuk kaum kaum terpilih, dan untuk menjalankan transformasi ekonomi dan sosial serta pengagihan kek ekonomi yang lebih besar di masa hadapan. Akan tetapi, masalah yang sedang dihadapi oleh parti pemerintah ialah saiz dan jumlah pelanggan tradisionalnya sudah mula berkurangan, dan pada masa yang sama sebahagian kecil daripada para pelanggan tradisional mereka juga telah menjadi bukan pelanggan produk mereka disebabkan terdapatnya produk alternatif oleh parti pembangkang.


Pada masa ini, ia tidaklah begitu jelas siapakah yang mempunyai pasaran yang lebih besar. Tetapi, sangat jelas, strategi yang digunakan oleh parti pembangkang adalah strategi lautan biru - dengan mengambil peluang kemunculan para pelanggan baru dan pasaran baru yang semakin membesar, dan bukannya terlalu bergantung kepada pelanggan tradisional dan pasaran lama yang semakin mengecil.

Dengan tarikh pilihanraya yang semakin dekat, pilihan yang ditawarkan adalah di antara "Janji ditepati" dan "Demi Rakyat" - dan masih terdapat jumlah pengundi yang agak besar dan masih belum memutuskan pilihan mereka di antara dua janji berbeza ini, yang mana di antara dua janji ini lebih wajar dipilih dan dipercayai dan memberi kesan yang kurang memudaratkan.

"Usah lah bersaing dengan pesaing anda - tetapi jadikan lah mereka sebagai tidak lagi relevan" - mungkin kah ini akan berlaku, kita tunggu dan lihat.