"All writings are in both English and Bahasa Melayu, firstly written in English and then, followed in Bahasa Melayu. (Coretan adalah menggunakan kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, ditulis dalam Bahasa Inggeris dan diikuti dalam Bahasa Melayu.)"

Wang palsu

Mardeka ! That is the way the late Tunku proclaimed it, "Mardeka" with an "a", instead of an "e".

55 years on, it is sound a bit funny to continue celeberating it year after year. Janji ditepati - the year of lots of one-off goodies and pouring of free money to the poor segment of the society, many might actually be strong supporters of the current government. The intention is well known and that is to gain continued strong support from the poor mass.

But, what many of the poor do not realise is that free money would eventually make them poorer and lower their standard of living. More money would simply cause price of their necessities to increase in not so distant future and adversely affect them back. How? In immediate period, yes it would make them better as the money are initially in their hand. But, once these additional money are spent, they would finally circulate and end up in the wealthier people. The wealthier people with more money now would start to demand more goods, and cause prices to increase and directly cause misery to the poor. Well, the reality is even worse, prices would increase well before the poor even start to spend these money.

Yes, the poor needs to be helped - but not by giving "wang palsu". (To rehash)

+++

Mardeka! Itu adalah cara Almarhum Tunku mengisytiharkannya, "Mardeka" dengan huruf "a", bukannya "e".

55 tahun berlalu, adalah agak lucu untuk terus menyambutnya tahun demi tahun. Janji ditepati - tahun gula-gula dan curahan wang secara percuma kepada golongan miskin, kebanyakkannya mungkin penyokong kuat kerajaan sekarang. Tujuannya begitu jelas, iaitu untuk terus mendapatkan sokongan padu dari golongan miskin.

Tetapi, apa yang ramai golongan miskin tidak sedar ialah wang percuma ini akhirnya akan menjadikan mereka lebih miskin dan lebih rendah taraf hidup. Lebih banyak wang hanya akan menyebabkan harga keperluan mereka meningkat di masa hadapan dan akan menjejaskan mereka kembali. Bagaimana itu akan terjadi? Dalam tempoh terdekat, ya ia akan menjadikan mereka terasa sedikit lapang kerana wang pada mulanya adalah di tangan mereka. Tetapi, apabila wang ini dibelanjakan, wang ini akhirnya akan beredar dan berada di tangan orang-orang kaya. Orang-orang kaya dengan wang yang lebih banyak kini akan mula membeli lebih banyak lagi barangan, dan dengan itu menyebabkan harga meningkat dan secara langsungnya akan menyebabkan kesengsaraan kepada orang miskin. Pada realitinya, harga barang biasanya akan terus saja meningkat sebelum pun golongan miskin mula membelanjakan wang ini lagi.

Benar golongan miskin perlu dibantu - tetapi tidak lah dengan memberikan "wang palsu".