"All writings are in both English and Bahasa Melayu, firstly written in English and then, followed in Bahasa Melayu. (Coretan adalah menggunakan kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, ditulis dalam Bahasa Inggeris dan diikuti dalam Bahasa Melayu.)"

"Islamic Economics"

Islamic economics is a misnomer.

Economics is simply a science of understanding human behaviour and reasons for such behaviour. An economic system is simply a by product of the interaction of individuals in a society.

If most individuals in a society behave in their own personal interest instead of the bigger interest of the society, then one will get the kind of economic system that we are experiencing now. The kind of quality of life and social disparity what we are observing now are certainly a direct consequences of the self interest of maximising self want and desire and profiteering.

Likewise, if most individuals in the society behave and act for the sake of the bigger interest of the society and, either willingly or unwillingly forgo their own personal interest and desire and satisfaction, then one may get the envisaged type of socialist economic system.

But, if most individuals in the society behave and act in accordance to Islamic principles of life and internally self driven to seek the pleasure of Allah and only for the sake of Allah, then one will get a totally different kind of economic system. Once one realise that, the way of achieving an Islamic economic system - if one still want to use this misnomer terminology - is not through setting lots of alternative so-called Islamic institutions, rather it is through inculcating and injecting internal Islamic values to each individual in the society. (To rehash)

+++

Terma "ekonomi Islam" adalah satu kesilapan istilah.

Ekonomi hanya lah merupakan satu bidang kajian sains untuk memahami tingkah laku manusia dan sebab-sebab kepada tingkah laku tersebut. Sesuatu sistem ekonomi pula adalah merupakan satu hasil secara langsung daripada interaksi di antara individu-individu dalam sesuatu masyarakat tersebut.

Sekiranya kebanyakan daripada individu di dalam sesuatu masyarakat itu berkelakuan demi kepentingan peribadi mereka sendiri dan bukannya demi kepentingan masyarakat yang lebih besar, maka akan terhasil lah satu sistem ekonomi seperti apa yang sedang kita alami sekarang ini. Kualiti kehidupan dan ketidaksamaan sosial yang sedang berlaku pada masa ini adalah merupakan hasil kesan langsung akibat daripada mengutamakan kepentingan diri yang bertujuan untuk memaksimumkan kepuasan dan keuntungan diri sendiri.

Begitu lah juga, sekiranya kebanyakan daripada individu dalam sesuatu masyarakat itu berkelakuan dan bertindak demi kepentingan masyarakat yang lebih besar dan - sama ada dengan sukarela atau secara paksaan bagi melepaskan kepentingan serta keinginan dan kepuasan diri sendiri sahaja - maka kemungkinan akan terhasil lah satu sistem ekonomi sosialis.

Akan tetapi, jika kebanyakan individu dalam masyarakat berkelakuan dan bertindak mengikut prinsip hidup Islam dan didorong untuk mencari keredhaan Allah dan bertindak and berinteraksi hanya kerana Allah, maka akan terhasil lah satu system ekonomi yang sama sekali akan berbeza daripada sistem ekonomi sedia ada. Seseorang itu akan sedar bahawa cara mencapai sistem ekonomi Islam - jika seseorang masih mahu menggunakan kesilapan istilah ini - adalah bukan melalui membina instituisi-institusi alternatif yang bernamakan Islam, tetapi sebaliknya adalah melalui memupuk dan menyuntik nilai-nilai Islam ke dalam kepada setiap individu dalam masyarakat tersebut.