"All writings are in both English and Bahasa Melayu, firstly written in English and then, followed in Bahasa Melayu. (Coretan adalah menggunakan kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, ditulis dalam Bahasa Inggeris dan diikuti dalam Bahasa Melayu.)"

Bunga tahi ayam

"Save some for rainny days", that has been the advise by mum to me.

I am quite sure others' mum also do the same. Just walk to any bank, one will see a constant flows of people walking in and out. Savers with some take the opportunity to place their excess funds and also earn some returns. While others take opportunity to temporarily borrow some funds to meet their intermitant shortages at a small cost of additional repayments later.

That is what banks sopposed to do anyway - accumulate savings from savers, and re-lend to other to invests. This act of redistributing excess funds from some to others ought to facilitate higher economic acitivity and generate additional wealth. But, is it?

Very often the amount of total repayments by the borrowers are well in excess above the total original amount. An original loan of 100 thousand could end up with a total repayment well above 200 thousand - a 10 percent interest over 20 years, off course I am exegerating a bit here as an example. That is double the original amount - other things remain unchanged, the rich will be twice richer and the poor will be twice poorer, and the rich gets richer by forcing the poor to be poorer.

The act of the richs to demand an earn on their lending is simply a modern version of slavery. If one strongly believes slavery is ethically wrong, then one should ethically against it.

So, wouldn't you agree, small interest on loans is simply "bunga tahi ayam" - it looks small and yellowly nice but is unfortunately quite smelly.

+++

"Simpan lah sedikit wang untuk di hari susah", satu nasihat oleh ibu kepada aku.

Dan aku pasti ibu ibu lain juga menasihati perkara yang sama. Jenguklah di mana-mana bank, kita akan dapat melihat aliran berterusan orang ramai yang berjalan masuk dan keluar. Penyimpan akan mengambil peluang untuk menempatkan lebihan wang mereka untuk mendapat sedikit keuntungan. Manakala yang lain pula mengambil peluang untuk meminjam wang untuk semetara waktu bagi memenuhi kekurangan wang dengan tambahan tambahan kepada pembayaran balik di kemudian hari.

Ini lah apa yang dilakukan oleh bank - mengumpul lebihan daripada penyimpan, dan meminjamkan semula kepada yang lain untuk melabur. Tindakan pengumpulan dan pengagihan lebihan dana daripada penyimpan kepada peminjam sepatutnya meningkatkan aktiviti ekonomi dan dengan itu membantu menjana kekayaan tambahan. Tetapi, adakah ianya sebegitu?

Selalunya jumlah bayaran balik oleh peminjam adalah sangat melebihi  jumlah pinjaman asal. Satu pinjaman asal sebanyak 100 ribu ringgit boleh berakhir dengan pembayaran balik berjumlah melebihi 200 ribu ringgit - kadar keuntungan sebanyak 10 peratus selama daripada 20 tahun, dan disini aku sengajalah membesarkan kiraannya untuk diguna pakai sebagai contoh sahaja. Ini adalah berjumlah sebanyak dua kali ganda daripada jumlah asal - si kaya akan menjadi dua kali ganda lebih kaya dan si miskin akan menjadi dua kali ganda lebih miskin, dan si kaya mendapat kekayaan dengan memaksa si miskin untuk bertambah lebih miskin.

Tindakan si kaya menuntut pembayaran yang lebih daripada pinjaman asal mereka adalah sebenarnya satu perhambaan moden. Jika seseorang percaya perhambaan adalah satu kesalahan etika, maka seseorang itu perlu secara beretika menolak perlakuan sebegini.

Jadi, tidak kah anda bersetuju, bahawa keuntungan kecil dari berian pinjaman ini sebenarnya berupa "bunga tahi ayam" - ia kelihatan kecil cantik kekuningan tetapi malangnya sangat berbau busuk.