"All writings are in both English and Bahasa Melayu, firstly written in English and then, followed in Bahasa Melayu. (Coretan adalah menggunakan kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, ditulis dalam Bahasa Inggeris dan diikuti dalam Bahasa Melayu.)"

Teratak kecil

Houses in many part of the country are now beyond reach for many people nowadays. A small two bed flat used to cost below 40 thousand ringgit ten years ago. Nowadays, it is close to, if not more than, 100 thousand ringgit. For a landed terrace house, it would be about 300 thousand ringgit already.

Every now and then again there will be a public outcry and debate on the need to control house prices and to built low cost houses for the public. But again and again, low cost houses becoming more expensive over time. A cheap low cost small house has quickly become an unaffordable house.

It is quite true that prices of building materials - things like cements, concrete, steel and bricks - have become more expensive nowadays such that is is no longer quite possible to build cheap and affordable houses. But, why in the first place, prices of these materials have become too expensive?

If one takes a drive through an expensive housing area, one will surely notice that houses are mostly luxurious, with ample garden space surrounding them. One could imagine that the internal condition of these houses - luxurious tiles with nicely decorated wall and ceilings. Their sheer size with too additional living rooms would easily be able to accomodate presumably three or four other families.

To build these size of houses would mean that one need to spend more money than one should have been if one is willing to stay in a normal size house with still nice and acceptable living condition. One may want to have some space of gardening and tree planting, but one could forego the too ample garden space. One would then further realise that these luxurious houses have created unnecessary additional excess demand for building materials, and would have unnecessarily cause prices of these building materials to rise. It will come to one's mind that that it is no wonder why low cost houses are so expensive nowadays - the sprouding out of these luxurious houses seems the key cause.

Should the rich in the society are willing to live like a normal people, one can imagine that building materials would be less demanded and their prices would be lower and hence, prices of low cost houses would be really low cost houses. Isn't living in houses luxuriously beyond necessicity by some cause miserability to others to not even afford "teratak kecil"? Once one realise that the richer guys generally tempted and very often tend to live luxuriously, then isn't that the greater the income disparity within the society the more miserable is the poor segment of the society? (Unfinished and to be rehashed)

+++

Rumah di kebanyakan tempat di dalam negara kini adalah di luar jangkauan ramai orang untuk dimiliki. Rumah pangsa kecil dua bilik berharga di bawah 40 ribu ringgit sepuluh tahun lalu. Kini, ia adalah hampir, jika tidak melebihi, 100 ribu ringgit. Bagi sebuah rumah teres, ianya sudah berharga kira-kira 300 ribu ringgit.

Dari masa ke semasa akan terdengar bantahan orang awam dan perbincangan mengenai keperluan untuk mengawal harga rumah dan membina rumah kos rendah untuk orang ramai. Tetapi, dari semasa ke semasa, rumah kos rendah tetap menjadi lebih mahal. Rumah kos rendah dengan cepat telah menjadi rumah yang tidak mungkin mampu dimiliki oleh orang ramai.

Adalah agak benar bahawa harga bahan binaan - seperti simen, konkrit, keluli dan batu bata - telah menjadi lebih mahal pada masa kini sehingga agak mustahil untuk membina rumah berharga murah dan berpatutan. Tetapi, kenapakah harga bahan-bahan ini telah menjadi terlalu mahal?

Jika seseorang memandu kereta melalui kawasan perumahan yang mahal, seseorang pasti akan dapat melihat tersergamnya rumah-rumah yang tersangat mewah, dengan ruang taman yang sangat besar di sekeliling rumah rumah tersebut. Seseorang boleh bayangkan keadaan dalaman rumah rumah ini - berjubin mewah dengan dinding dan siling yang cantik dihiasi. Saiz rumah yang besar dan ruang tamu yang berlebihan dengan mudah sekali akan dapat menampung sekurang kurangnya tiga atau empat keluarga lain lagi.

Untuk membina rumah bersaiz besar ini bermakna seseorang perlu membelanjakan wang yang lebih banyak daripada satu sepatutnya, berbanding dengan seseorang yang sanggup hanya untuk tinggal di rumah bersaiz biasa dengan keadaan hidup yang masih baik. Seseorang mungkin mahu mempunyai sedikit ruang berkebun dan menanam pokok, tetapi seseorang itu boleh melepaskan ruang taman yang terlalu mencukupi. Bila direnung secara mendalam, kita akan terus sedar bahawa rumah-rumah mewah telah menyebabkan permintaan yang berlebihan terhadap bahan bahan binaan, yang jika dapat dielakkan tidak akan menyebabkan peningkatan berlebihan harga bahan-bahan binaan ini. Ia akan datang ke fikiran kita bahawa adalah tidak menghairankan mengapa rumah kos rendah telah menjadi begitu mahal pada masa kini - percambahan rumah rumah mewah adalah merupakan punca utama kepada perkara ini.

Jika orang orang kaya dalam masyarakat sanggup untuk hidup seperti orang biasa, kita boleh bayangkan bahawa permintaan bahan bahan binaan akan menjadi lebih rendah, dan harga bahan bahan binaan juga akan menjadi lebih rendah dan dengan itu, harga rumah kos rendah akan menjadi rumah yang betul betul berharga rendah dan mampu dimiliki. Tidakkah pembinaan rumah rumah mewah yang melebihi dari keperluan oleh orang orang kaya menyebabkan ketidak kemampuan orang orang susah untuk hanya memiliki sebuah "teratak kecil"? Apabila kita sedar bahawa orang orang kaya secara umumnya sangat sering cenderung untuk hidup secara mewah, maka tidakkah dengan terdapatnya lebih besar jurang pendapatan di antara orang kaya dan miskin dalam masyarakat maka akan lebih sengsaralah kehidupan orang miskin di dalam masyarakat tersebut?